BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 18 September 2011

BUATMU ABAH MA..

Pengorbanan tak ternilai
Abah, ma..
Masih terimbas difikiranku memori semalam
Betapa kehidupan  sukar dengan kemiskinan kita
Tanpa bekalan elektrik dan air
Malam kita bersuluhkan cahaya pelita
Air kita hanyalah air di kali
Tiada langsung keluh kesah yang keluar dari mulutmu
Kulihat abah kau cekal dalam mencari rezeki tanpa mengenal letih
Ma.. kau pula sentiasa mendidik kami dengan penuh kasih sayang
Walaupun ketika itu betapa payahnya kita
Mengharungi onak duri kehidupan

Abah, ma..
Masih ingat tatkala rambutku terbakar
Akibat terlena membaca buku bersuluhkan pelita
Ma kau memarahiku kerana cuai
Dari saat itu kau sentiasa menemaniku sehingga habis belajar
Terima kasih ma..

Abah, ma..
Namun.. hari ini segalanya bagaikan mimpi
Rumah kita yang dulu sentiasa disirami nyalaan pelita
Kini  sekali petik gelap menjadi terang
Aku tahu kau bahagia melihat sinaran permatamu
Sesunggunya pergorbananmu
Tidak ternilai
Tak terbanding emas berjuta
Untukmu abah dan ma
Aku amat menyayangi kalian
Semoga Abah ma dilimpahi rahmat dari Allah Taala.

0 comments: