BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 December 2011

TENTANG CINTA....



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

kecantikan wanita...

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Sunday, 18 December 2011

18 Disember 2008

Assalamualaikum...
dh lma aku x update post kt blog ni... emmm.. apa ye nk tulis.. mcm2 idea ad tp x taw nak luahkan macam mane dkt sni..ok la... first aku nk cerita tentang pengkomposan.. bru-bru ni aku kena pergi tapak proses pemgkomposan dkt padang minden.. kami telah diarahkan untuk buat report pasal pengkomposan...
Korang semua taw tak ape itu pengkomposan... emmm... mgkin ramai yang sudah taw kan.. senang-senang nk fhm tentang pengkomposan ni ialah cara nak buat baja organik..cara pengkomposan ni ada jenis berlaku secara semulajadi dan juga melalui buatan manusia.. mgkin ramai x pcaya ada manusia yang nak buat baja kan.. yelah baja ni kan daripada sisa-sisa bahan organik macam najis hawan, rumput2, sisa makanan dan sebagainya. Sapelah yang nk bau busuk camni.. tp jagn kita mnilai sesuatu 2 dari luaran... 'value' disebaliknya 2 yang plu kita lihat..

Sunday, 2 October 2011

TERHARU....dari kosmo..


Noktah Kembara Seorang Pendidik





TEMPOH 18 tahun mengabdikan diri mendidik anak-anak Orang Asli dirasakan begitu pantas berlalu tanpa disedari oleh lelaki yang membuang pandangannya ke luar jendela.
Entah apakah yang bersarang di kepala insan bernama Ahmad Mohd. Sa’at yang mesra disapa Haji Mat itu. Adakah memikirkan nasib anak-anak pedalaman tersebut selepas peninggalannya, atau mungkin mengenang kembali segala kenangan yang pernah wujud sepanjang khidmatnya di tanah itu?
Walau apapun, tekaan isi dewan pada hari itu tidak penting. Perkara utama saat itu ialah penghargaan yang sewajarnya diterima Haji Mat kerana sudi menabur bakti sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput Utara, Perak.


BIARPUN kecemerlangan anak-anak Orang Asli ini tidak sehebat murid di bandar, namun mereka amat patuh pada kata-kata guru.



Biarpun kemudahan dan kelengkapan sekolah terpencil itu tidak boleh dibanggakan, ia tidak pernah melahirkan keluh-kesah dalam diri lelaki berusia 58 tahun tersebut.
Perjalanan meredah bekas laluan lori balak dengan motosikal yang memakan masa lebih tiga jam bagi menuju ke penempatan itu juga sudah menjadi asam garam hidupnya.
Bukan itu sahaja, untuk sampai ke sekolah yang menjadi rumah keduanya itu juga, dia perlu melewati Bukit Galok, Bukit Petai dan Bukit Cermin yang sinonim sebagai laluan berbahaya.
Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi itulah realiti yang didepani Haji Mat dan seluruh warga pendidik Kuala Mu yang terletak 73 kilometer (km) dari Sungai Siput Utara.
Setiap hari Ahad atau Isnin, Haji Mat akan turun ke Kuala Mu bagi menjalankan tugasnya di sekolah tersebut dan hanya keluar dari kampung itu pada hari Jumaat.
Meskipun rutin guru besar kesayangan anak tempatan Kuala Mu itu kedengaran begitu meletihkan, ia seakan-akan satu keseronokan buat dirinya yang jatuh cinta dengan keharmonian perkampungan serba daif itu.
“Rutin harian saya adalah mengajar pada waktu pagi manakala waktu petang, saya akan meluangkan masa bersama guru-guru dan penduduk kampung.
“Memandangkan di sini tiada talian telefon, waktu malam saya dan warga pendidik lain banyak dihabiskan dengan menonton televisyen.
“Tetapi mujur ada Internet yang memudahkan saya dan mereka yang lain berkomunikasi bersama ahli keluarga,” ujar Haji Mat yang berkhidmat di Kuala Mu sejak tahun 1993.
Guru larikan diri


PERSARAAN Haji Mat menyedihkan semua penduduk berikutan kesefahaman dan keakraban mereka begitu utuh.



Pelbagai pengalaman ditimba Haji Mat sepanjang khidmatnya dan rata-ratanya merupakan kenangan indah yang membuatkannya bertambah sayang kepada Kuala Mu.
Namun, sudah tentu ada beberapa kisah pahit yang masih belum luput daripada ingatan, antaranya ialah berdepan kerenah guru-guru yang ditugaskan di kawasan tersebut.
Menurut Haji Mat, ada guru yang melarikan diri pada waktu tengah hari selepas melaporkan diri pada waktu pagi dan ada juga yang hanya mampu bertahan selama seminggu ataupun sebulan sahaja.
Namun baginya, bertugas di Kuala Mu tidak sukar sekiranya seseorang pendidik itu memiliki kekuatan fizikal dan mental sama rata. Paling penting, menurutnya, adalah semangat survival yang tinggi.
Murid-murid Orang Asli di sekolah itu sememangnya istimewa pada pandangan Haji Mat. Walaupun mereka tidak sehebat anak-anak di bandar, namun mereka tidak buta huruf malah amat mendengar kata dan mudah dibentuk.


HAJI MAT (duduk, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama tenaga pengajar di SK Pos Kuala Mu.



“Terdapat beberapa bekas pelajar yang telah berjaya seperti Busu Ngah yang kini bertugas sebagai juruhebah Asyik FM dan Adzlan Pandak yang telah berjaya menjadi seorang guru.
“Melihatkan kejayaan mereka membuatkan saya berasa lapang dan itulah perkara paling menggembirakan dalam hidup saya.
“Saya sayangkan Kuala Mu kerana masyarakat Asli Temiarnya baik dan ramah. Memang sedih untuk bersara kerana semangat guru-guru mendidik anak-anak di sini masih bersama saya,” tutur Haji Mat berbaur sebak dalam ucapan perpisahannya.
Mencuri tumpuan dalam majlis tersebut adalah persembahan kumpulan koir. Dialunkan oleh pelajar-pelajar darjah empat hingga darjah enam sekolah itu, ternyata membuatkan suasana bertukar pilu.
Pelbagai riak emosi terpapar di dalam dewan tersebut saat itu, ada yang melinangkan air mata, ada yang menundukkan wajah dan ada juga yang sekadar menakung air mata tanpa mahu ia menitis ke pipi.
Sifat kebapaan


SIFAT kebapaan Haji Mat membuatkan anak-anak ini mudah mesra dengan guru besar kesayangan mereka itu.



Guru yang bertanggungjawab ke atas persembahan merentap emosi itu, Tarmizi Hassan, 28, menganggap Haji Mat sebagai seorang ketua yang benar-benar mendalami perasaan dan masalah kesemua warga pendidik Kuala Mu.
Mungkin normal bagi seorang ketua untuk membuat segala keputusan tanpa perbincangan anak buah, tetapi tidak bagi Haji Mat. Setiap yang dilakukannya adalah hasil perbincangan dan persefahaman setiap orang di bawahnya.
“Dia tidak pernah anggap diri sebagai seorang ketua tetapi lebih kepada seorang bapa yang prihatin terhadap anak-anaknya.
“Kami tidak merasai jurang guru besar dan guru biasa kerana dia meletakkan dirinya setaraf dengan orang lain,” luah Tarmizi yang telah enam tahun menabur bakti di Kuala Mu.
Begitu juga dengan Guru Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Mohd. Aminudin Rohani, 30, yang menyifatkan Haji Mat sebagai sumber rujukan utama semua orang termasuklah penduduk setempat.
Ujar Aminudin, mengajar di pedalaman tidak mudah dan adakalanya terlintas juga rasa tidak selesa dan putus asa. Namun, insan yang bertanggungjawab membangkitkan semula semangat dirinya dan rakan-rakan lain adalah Haji Mat.


MUAFAKAT penduduk kampung menjayakan majlis tersebut mencerminkan kasih mereka terhadap Haji Mat yang sudah dianggap seperti keluarga.



“Dia tidak hanya memahami anak-anak buahnya, Haji Mat turut disegani penduduk-penduduk kampung ini kerana sifatnya yang ramah dan suka bergaul.
“Kami tidak terkejut, anak-anak di sini rapat dan tidak takut kepadanya disebabkan kerendahan hati serta sifat kebapaan yang dimilikinya,” jelas Aminudin yang mula berkhidmat pada tahun 2002.
Fasih nahasa Temiar
Seorang lagi guru yang telah 11 tahun bersama-sama Haji Mat, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof, 34, memberitahu, Haji Mat seorang individu yang tidak pernah marah dan sentiasa tersenyum.
Kelebihan berbahasa Temiar Haji Mat juga membuatkan dia begitu disegani penduduk kampung.
“Masyarakat di sini memang sensitif, jadi bukan sembarangan orang boleh merapati dan meyakinkan mereka.
“Itulah kehebatan Haji Mat kerana dia mampu bergaul mesra dengan penduduk di sini dan kelancarannya berbahasa tempatan banyak membantu kami menjalankan tugas sebagai guru.
“Memang sukar hendak mendapat seorang ketua mirip Haji Mat tetapi biarlah penggantinya seorang yang dapat memahami kehidupan dan perwatakan masyarakat tempat ini,” tutur Guru Kanan Pentadbiran sekolah itu.
# Sebagai bakal seorang pendidik apabila membaca artikel ini aku rasa sangat terharu. Bukan senang untuk menjadi seorang pendidik yang benar-benar mempunyai "roh guru"  ini. Kalimat ini selalu diucap oleh pensyarahku setiap kali mengajar kami. Beliau selalu cuba menerapkan kami dengan etika seorang guru yang benar-benar mempunyai semangat ini. Setelah membaca rencana ini baru aku sedar peranan dan pekerjaan sebagai guru ini adalah sesuatu pekerjaan yang mulia. Sampai kapan pun semua orang akan ingat gurunya. Betapa indah dan masyhur seorang guru tanpa sebarang pujian, kontroversi murahan dan anugerah yang berprestij. Guru akan tetap dikenali dan diingati walaupun sudah tiada didunia ini nanti. Mulai saat ini aku akan menanam semangat pendidik ini dalam diriku, akan aku bajainya dengan sikap-sikap positif demi menuai buah-buah motivasi yang dapat menjadikan aku sebagai pendidik yang berjaya. Insyallah.. semoga aku dan teman-temanku nanti sentiasa tabah mengharungi dan menghargai setiap saat kami sebagai seorang pendidik.. amin...

Thursday, 22 September 2011

Sekadar renungan

"Berhati2lah Jika Kamu Membuat Seorang Wanita Menangis,
Kerana Allah (swt) Mengira Setiap Titis Air Matanya.
Wanita Dicipta dari Tulang Rusuk Lelaki,
Tidak Dari Kakinya Untuk Berjalan di Atasnya,
Bukan Dari Kepalanya Untuk Menjadi Lebih Degil,
Tetapi Dari Sisinya Untuk Menjadi Sama,
Di Bawah Lengan Untuk Dilindungi Dan
Di Sebelah Sisi Hatinya Untuk Disayangi.
" Renung2kan lah....♥♥♥

Sunday, 18 September 2011

HARGAILAH ORANG YANG MENCINTAI KAMU


 1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap  menjadi impiannya. 
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang  berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat  bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa  pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kaututurkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan  mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari atau  mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketikakamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari  kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu  kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

AKU RINDU PADAMU

kata hati mu : 
* aku masih celaru apa kemahuan ku yang sebenar.. n dimana aku berada..walau ku gembira disebalik hati kecil       masih ada penantian n duka.. bilakah akn real hidup ku ini....
* kalau kita sayangkan seseorang, kita kena lepaskan die pergi u kebahagiaannya...
* kita hidup sekarang susah nak mati syahid.. lain org dlu2... berjuang untuk negara
* buatlah pilihan terbaik dalam hidup ni..
* awak syg x sy? huhu
* bleh awk pggil sy abg? huhu
* bleh awk lupekan die dan pilih sy? huhu..
 semua persoalan kamu selalu tergantung n x pnh ad jwpn pasti...huhu... tp skrg smua brakhir... kau tlh tiada.. nmun sbnr aku syg kamu.. kamu tetp abg aku slama-lmanya... bukn aku x plih kamu tp Allah x bg aku plihan lagi.. Aku rindu kamu...huhuhuhu..

BUATMU ABAH MA..

Pengorbanan tak ternilai
Abah, ma..
Masih terimbas difikiranku memori semalam
Betapa kehidupan  sukar dengan kemiskinan kita
Tanpa bekalan elektrik dan air
Malam kita bersuluhkan cahaya pelita
Air kita hanyalah air di kali
Tiada langsung keluh kesah yang keluar dari mulutmu
Kulihat abah kau cekal dalam mencari rezeki tanpa mengenal letih
Ma.. kau pula sentiasa mendidik kami dengan penuh kasih sayang
Walaupun ketika itu betapa payahnya kita
Mengharungi onak duri kehidupan

Abah, ma..
Masih ingat tatkala rambutku terbakar
Akibat terlena membaca buku bersuluhkan pelita
Ma kau memarahiku kerana cuai
Dari saat itu kau sentiasa menemaniku sehingga habis belajar
Terima kasih ma..

Abah, ma..
Namun.. hari ini segalanya bagaikan mimpi
Rumah kita yang dulu sentiasa disirami nyalaan pelita
Kini  sekali petik gelap menjadi terang
Aku tahu kau bahagia melihat sinaran permatamu
Sesunggunya pergorbananmu
Tidak ternilai
Tak terbanding emas berjuta
Untukmu abah dan ma
Aku amat menyayangi kalian
Semoga Abah ma dilimpahi rahmat dari Allah Taala.

emm... aku jnji die milik kamu..

hari ni aku bahagia... tiada lagi cemburu merantai jiwa.. aku tahu die layak untuk kamu dan kamu layak untuk dia. Die baik, cute sama cm kamu comel, lucu, dan periang.. korang sangat2 serasi. aku doakan kalian bbhagia hingga akhir hayat. biarlah aku terus mencari dan mencari. hehe...

Saturday, 17 September 2011

Sudut Renungan


Sudut Renungan
“Hidup pejuang tak pernah nganggur, amalan siang, tahajjud malam; istirahat hanya di lubang kubur, jiwa bersinar, tak kenal kelam.”
"Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah."
Oleh
Hamka
Surah an-Nahl: 100

Friday, 16 September 2011

16 SEPTEMBER (HARI MALAYSIA)

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi negara kita Malaysia iaitu hari terbitnya satu perkataan "MALAYSIA". Aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Negara aman dan bebas tanpa peperangan dan keganasan. Emmm... terasa sangat2 bersyukur dan bertuah. Apabila aku menonton televisyen yang memaparkan peperangan dan keganansan yang berlaku di negara2 lain aku cuba membayangkan alangkah derita dan peritnya mereka. Tiada lagi senyum dan tawa yang terukir di bibir dan raut wajah mereka. Hanya tangisan dan jeritan sahaja yang mampu mereka lakukan. Ya Allah, jika hari ini aku bahagia dengan keamanan negaraku yang engkau kurniakan, aku memohon kepada-Mu untuk mengekalkannya dan memberi peluang kepada insan2 negara lain untuk merasainya. Amin... hanya doa yang mampu aku lakukan.. aku tidak mampu menggalas senjata untuk melawan musuh2 yang bermaharajalela atau menghalang bencana2 alam yang menimpa mereka. Aku hanya insan kerdil yang hanya mempunyai hati kecil yang selalu terusik dengan keadaan mereka. huhu.. Semoga mereka tabah melaluinya. Pada hari ini juga aku menyeru semua rakyat Malaysia sama-sama bersyukur dengan kemerdekaan negara kita ini. Aku rasa setakat ini sahaja lah yang mampu aku coretkan untuk hari ini. Bukan apa aku penat laa sebab siang tadi aku begitu bersemangat berkawad sempena sambutan hari Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang. Semua urat sendi dan anggota badan aku lenguh-lenguh ni..huhu..ok la ye.. jmpa len kali plok..aku jnji aku akn buat crita y lbih mnarik..hehehe... k tk cre...

Monday, 8 August 2011

First Time....

Assalamualaikum dan selamat datang..
Pada tanggal 9.8. 2011, inilah kali pertama aku mula belajar membuat blog...hehehe.. best juga.
Sebenarnya aku x taw sgt apa nk tulis ni...tapi memandangkan ini kali pertama aku mempunyai blog sendiri teruja juga nk mencoretkan serba sedikit perasaan ini...hehehe... insyallah aku akan menggunakan kemudahan blog ini untuk menulis perkara-perkara berfaedah untuk berkongsi dengan rakan-rakan sekalian..kt blog ni segala perasaan dan idea boleh kita share and curahkan.. macam curah air ke dalam laut....makin dicurah makin banyak kn..ok lah mls aku nk mngarut parut lg..ok stakt ni shaja coretan aku u kali pertama..